MUKADIMAH

Salam perkenalan...
Bermula dengan sedikit minat setelah mengunjungi rumah saudara yg memelihara arnab, kini sy telah memiliki beberapa ekor arnab dari beberapa jenis seperti Angora, France Angora, Lionhead & Lop-ear(InsyaAllah kalau menjadi, masih baby & tgh dlm proses tumbesaran lagi..)
Walaupun pada awalnya, 2 daripada 4 ekor arnab yang saya beli mati (faktor pemakanan @ tak dpt sesuaikan diri kt tempat baru kot?!), sy tetap bersemangat utk terus memelihara arnab. Kenapa ek? Hmm.. sbb selain dpt belajar drpd kesilapan, sy juge nk berkongsi pendapat, pandangan & cerita drpd rakan peminat arnab yang lain. Secara tak langsung, sy pn dpt tambah kenalan.
InsyaAllah, akan saya uploadkan gambar2 arnab peliharaan saya dari semasa ke semasa. Jadi, tunggu...

Khamis, 16 September 2010

Usia 2 Bulan

Salam dan Selamat Hari Raya kepada teman2 perternakan arnab.
Alhamdulillah kesemua arnab breeding saya tlah mmbesar dngan sihat.Baru tahap pertama,
yang diberi nama (F1).Inilah kesemua arnab breeding saya.






Khamis, 12 Ogos 2010

Penutupan Rabbitry Sementara

Salam kepada semua.Saya akan menutup Rabbitry saya buat sementara waktu.Separuh
baka2 arnab telah pun saya jual.Untuk breeding akan saya truskan mgkin selepas raya.Saya
menutup atas sbb saya akan berpindah.Start tutup mnggu hadapan.

Khamis, 29 Julai 2010

PEGUMUMAN

Dijangka melahirkan pada 1/8/2010
2 darinya dah ada org book.

FOR SALE
FOR SALE
Saya nak clearkan anak sahaja.Ibu dan juga jantan matang akan saya hntar ke kmpg buat sementara waktu.Sehingga saya dapat menyesuaikan diri di tmpat baru.

F1 Dah Buka Mata

Projek mengkaji salahsilah Lionhead baru bermula pada 16/6.Nilah hasilnya lahirlah F1 pada
17/7/2010.Ada 4 ekor,1 mati.
NOT FOR SALE

Sabtu, 24 Julai 2010

Baby Lagi


Lahir pada 22/7/2010.
Dijangka lahir pada 32 hari tapi lahir pada 33 hari bunting.
Berkongsi pengalaman.
Bagaimana menhitung hari bunting.Menghitung hari bunting arnab adalah mudah.Masukan
betina kesangkar jantan dah blh kira hari pertama.Bunting arnab kebiasaannya 30-35 hari.
jika hari ke 15 bunting, arnab betina mula cabut bulu itu tandanya keguguran.Biasenya arnab betina akan cabut bulu pada 27@28 hari bunting.Ada juga sehari sebelum melahirkan dan ada juga pada hari ia melahirkan.
Menyusukan anak.Bit-bit biasenya saya biarkan ajer dalam kotak.Ibu-ibu di tmpat saya
semuanya penyayang.Yg pertama kali melahirkan atau yg dah 3@4 kali melahirkan tak pernah
plak saya pegang ibu tuk menyusukan bit-bit.
Buka Mata
Bit-bit mula buka mata pada hari ke 10 lahir.Kebiasaanya.Dan pada 12@20 hari kelahiran
saya keluarkan kotak beranak.Bergantung pada kebesaran bit-bit.Pada usia 3 mggu bit-bit
dah mula belajar makan.
Makanan
Pada usia 3 mggu-3 bln saya bg makan pelet Dr bunny dan hay.Pada musim panas hay diberi
3 kali seminggu.Pada musim hujan hay saya bagi setiap hari dan sebulan sekali saya bgi makan
buah-buahan.Tapi ingat hanya sepotong sahaja.Harus diingat buah-buahan diberi pada arnab
2 bln keatas sahaja.